Tuesday, January 3, 2012

RENJER HUTAN ,JABATAN PERHUTANAN (BILANGAN IKLAN: 52/12/11 (SPA/BMI))

RENJER HUTAN
JABATAN PERHUTANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 4.
          
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU

b) Sedang berkhidmat di Jabatan Perhutanan sebagai Pembantu Perhutanan Rendah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU

c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Lulus Sijil Asas Perhutanan, Jabatan Perhutanan serta mempunyai kelulusan pengkhususan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  RENJER HUTAN:
1. Untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Perhutanan Penggal 46, Undang-Undang Brunei dan semua peraturan di bawah Seksyen 52 di dalam akta berkenaan. Ini termasuk peraturan pentadbiran sampingan yang dibuat dari semasa ke semasa bagi mengemaskinikan perlaksanaan akta berkenaan.  
2. Membuat penyiasatan dan penilaian  jika terjadi pencerobohan hutan bersama dengan pihak yang berkenaan dan menyediakan laporan kejadian kepada Ketua Bahagian.
3. Membuat pemantauan dan pengawalan di dalam aktiviti-aktiviti operasi hutan, kilang-kilang papan dan industri perkayuan yang lain, kemasukan dan keluaran produk barangan kayu.    
4. Menjalankan semua tugas yang diaturkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

more info

No comments:

Post a Comment