Tuesday, January 3, 2012

JURUTULIS JAWI (BILANGAN IKLAN: 52/12/11 (SPA/BMI))

JURUTULIS JAWI
JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a)   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan   Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Pengajian Bahasa atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.  
          ATAU
 b) Sedang berkhidmat di Jabatan Adat Istiadat Negara dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun.

2. Hendaklah mempunyai latihan asas serta dapat menunjukkan hasil dan kebolehan dalam penulisan khat jawi.
3. Mengetahui nama-nama semua jenis khat Jawi, boleh membaca, mengeja, menulis jawi dengan baik, boleh membaca Al-Quran serta boleh berbahasa Arab.
4. Pernah mengikuti peraduan menulis khat jawi dalam peringkat Negara Asean adalah keutamaan.
5. Berkebolehan dan pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam kerja-kerja rekabentuk yang berkaitan dengan khat Jawi adalah kelebihan.
6. Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTULIS JAWI:
1. Bertanggungjawab kepada Yang Amat Mulia Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Mulia Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara dan Pegawai Adat Istiadat (Ketua Unit Rekabentuk dan Pameran).  
2. Membuat transkripsi tulisan jawi lama atau tulisan jawi ke tulisan rumi.
3. Bertanggungjawab menulis semua bahan-bahan terbitan jabatan memerlukan tulisan jawi.
4. Bekerjasama dengan pelukis membuat ilustrasi bahan-bahan terbitan Bahagian Pemberigaan.  
5. Membuat penyediaan persembahan seperti pameran, bengkal, seminar, ceramah dan sebagainya yang memerlukan penulisan jawi.
6. Bersedia bertugas di majlis-majlis beristiadat bila diperlukan.
7. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

more info

No comments:

Post a Comment