Tuesday, January 3, 2012

PEMBANTU PERHUTANAN JABATAN PERHUTANAN (BILANGAN IKLAN: 52/12/11 (SPA/BMI))

PEMBANTU PERHUTANAN
JABATAN PERHUTANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Perhutanan atau bidang bersesuaian.  
ATAU
 b) Sedang berkhidmat di Jabatan Perhutanan sebagai Pembantu Perhutanan Rendah dalam tanggagaji  D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
 c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Lulus Sijil Asas Perhutanan, Jabatan Perhutanan serta mempunyai kelulusan pengkhususan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEMBANTU PERHUTANAN:
1. Sebagai pegawai luar mengendalikan, menyelaraskan, memantau dan melaporkan kepada pegawai atasan aktiviti Jabatan menurut arahan Ketua Jabatan.  
2. Mengetahui dan memastikan  kakitangan / pekerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya  membuat kerja-kerja luar yang diaturkan oleh Ketua Jabatan termasuk menjaga keselamatan harta benda Kerajaan yang diamanahkan kepadanya bagi kemudahan menjalankan tugas berkenaan dalam keadaan baik.
3. Menyediakan laporan-laporan pencapaian kerja bulanan bagi kerja-kerja luar yang diamanahkan oleh Ketua  Bahagian/Unit dimana ianya ditempatkan serta menyediakan  ‘check roll’  bagi pekerja bergaji hari di bawah jagaannya.  
4. Membuat sokongan laporan prestasi kerja kepada Ketua Bahagian/Unit bagi kesemua pekerja luar di Bahagian/Unitnya.
5. Melaksanakan semua tugas yang diaturkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.  

more info

No comments:

Post a Comment