Sunday, January 29, 2012

PENOLONG PEGAWAI BALAI

PENOLONG PEGAWAI BALAI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 18
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC / BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau
sebanding dalam bidang bersesuaian.

b) KELAYAKAN FIZIKAL:
ii) Umur - Di antara 18 tahun hingga 26 tahun (Lelaki / Perempuan)
iii) Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki: sekurang-kurang 5’4” (1.63m) / tidak melebihi 60Kg -
- Bagi Perempuan: sekurang-kurang 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 Kg.
i. Dada - Bagi lelaki: sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
ii. Bagi pemohon perempuan hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
iii. Tiada masalah pendengaran.
iv. Tidak buta warna (colour blind).
v. Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli
Bomba (Medical Guideline for Firefighter).
c) UJIAN
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
d) KURSUS / LATIHAN:
i. Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau diseberang laut dari semasa ke semasa.
ii. Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
iii. Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.
ATAU
2. i) Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ii) Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.
ATAU
3. i) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba Kanan
dalam tanggagaji P.3 tidak kurang dari 3 tahun.
ii) Lulus Kursus Khas Persediaan Penolong Pegawai Balai.
iii) Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

SYARAT-SYARAT LAIN:
1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa
pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang
diarahkan.
2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:
1. Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
2. Penolong Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat
bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan
ditetapkan dalam jawatannya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI BALAI:
1. Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Penggal 83 dari semasa ke semasa.
2. Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan
Kuasa-Kuasa.
3. Jika ditugaskan di bahagian operasi, berperanan selaku Pegawai Mengetuai Pasukan / Timbalan Pegawai Mengetuai Pasukan yang bertanggungjawab
keatas penyusunan dan pentadbiran anggota dan asset di bawah jagaannya serta mengetuai jentera Balai Bomba dan krew bagi panggilan-panggilan kecemasan.
4. Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang lebih berkesan dan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.
5. Memastikan kecekapan anggota bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat ke arah lebih berkesan.
6. Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi dan menyelamat.
7. Mengetahui “station ground” mengenai tempat-tempat strategik bagi persediaan tindakan melawan kebakaran dan apa-apa jua bentuk kecemasan.
8. Menjalankan “station routine” mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasan masing-masing.
9. Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.
10. Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.
11. Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.
12. Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.
13. Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.
14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

More Info

No comments:

Post a Comment