Sunday, January 29, 2012

PENTERJEMAH KANAN(BIL. IKLAN: 03/01/12 (SPA/BIKL))

PENTERJEMAH KANAN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 3
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding
dalam bidang bersesuaian.

ATAU


b) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penterjemah dalam
tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENTERJEMAH KANAN:
Secara Amnya:
1. Membuat kerja-kerja terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari
Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

2. Melaksanakan kerja-kerja yang ada kaitan dengan penerbitan buku.

3. Mendokumentasikan artikel/majalah/akhbar sebagai salah satu tugas
tambahan.

4. Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah terbitan
jabatan.

5. Menerima arahan berkaitan tugas dari semasa ke semasa oleh Ketua
Bahagian.

DI JABATAN PEGUAM NEGARA:
Membantu Ketua Penterjemah/Jurubahasa Serentak bagi melaksanakan
terjemahan undang-undang, Perintah-Perintah Am, Surat-Surat Kontrak serta surat menyurat
am Jabatan Peguam Negara.
DI JABATAN KEHAKIMAN NEGARA:
1. Menterjemah dokumen-dokumen yang berhubungkait dengan prosiding
Mahkamah.

2. Membuat terjemahan/pengesahan terjemahan dokumen bagi Jabatan-
Jabatan Kerajaan yang lain, Pejabat Guaman Swasta, Kedutaan Asing dan
Orang Awam.

3. Memeriksa semula dan meneliti kerja terjemahan yang dibuat oleh
Penterjemah/Jurubahasa.

4. Menerima arahan daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar
Mahkamah Besar, Timbalan Pendaftar Mahkamah Besar, Ketua Majistret
dan Majistret-Majistret dan Pendaftar-Pendaftar dari semasa ke semasa.

DI JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA:
1. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang projek Bahagian dan
Cawangan dan menyediakan bahan/data untuk kertas kerja mengenainya.

2. Membantu Ketua Cawangan mengatur dan mengawasi tugas harian
kakitangan Cawangan, termasuk disiplin dan prestasi kerja.

3. Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian
dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.

4. Membantu Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan menyediakan Laporan
Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.

5. Menyemak/menyunting kerja-kerja terjemahan yang telah dibuat oleh
kakitangan bawahan.

6. Membantu kakitangan bawahan (Penterjemah) membuat kerja-kerja
terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan.

7. Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah/jurnal
terbitan jabatan.

8. Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan
dari semasa ke semasa. More Info

No comments:

Post a Comment