Thursday, January 12, 2012

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA(BIL. IKLAN: 02/01/12 (SPA/BIKL)

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI
LALULINTAS UDARA
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
b) Sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D. 1 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
c) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer adalah kelebihan.
SYARAT-SYARAT KHAS
1. Lulus peperiksaan kesihatan mengikut syarat-syarat kehendak ICAO bagi Pegawai-Pegawai Kawalan Lalulintas Udara.
2. Hendaklah bersedia untuk menghadiri sebarang kursus yang diberikan di dalam dan diluar negeri.
3. Berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun.
4. Calon-Calon yang berjaya adalah dikehendaki lulus menjalani kursus Asas Kawalan Lalulintas Udara dan Aerodrome Control dalam masa 6 tahun.

• Pegawai-Pegawai yang gagal mendapatkan Lesen Aerodrome Control dalam tempoh 6 tahun akan tidak disokong ke peringkat EB4 dalam tanggagaji D.3 EB.4.
• Pegawai-Pegawai yang berjaya mendapatkan Lesen Aerodrome Control dalam tempoh 6 tahun akan disokong terus ke peringkat EB.4 dalam tanggagaji D.3 EB.4 (jika tidak ada kekosongan dalam jawatan Pegawai yang Menguasai Lalulintas Udara Tingkat III).
TEMPAT MENGHANTAR
BORANG PERMOHONAN:
KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2
PEJABAT SURURANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL. NO : 2381961 /2381337 (BHG. PENGAMBILAN)
2383455 (BHG. 1KLAN)


No comments:

Post a Comment