Sunday, January 29, 2012

PENOLONG PESURUHJAYA BURUH (KEKOSONGAN = 2)

PENOLONG PESURUHJAYA BURUH 
JABATAN BURUH 
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI 
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 2

KELAYAKAN MINIMUM:1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kesihatan,Keselamatan dan Persekitaran [Health, Safety and Environment,(HSE)] atau bidang bersesuaian.

b) TANGGAGAJI B.2:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atausebanding dalam bidang Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran [Health, Safety and Environment,
 (HSE)] atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU
ii) Sedang berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Pemeriksa Buruh Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU
iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PESURUHJAYA BURUH:
  • Membuat laporan serta cadangan pembaikan urusan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja [Occupational Safety and Health – Management System (OSH-MS)] kepada
    agensi-agensi Kerajaan dan Swasta
  • Membuat perancangan strategik bagi melaksanakan Penguatkuasaan Undang-Undang Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009 serta
     langkah-langkah pemberigaan maklumat-maklumat Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja bagi meningkatkan lagi kesedaran para majikan dan pekerja serta orang ramai.
  • Memberikan latihan, kursus serta konsultasi kepada agensi-agensi Kerajaan dan Swasta mengenai dengan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja serta
    cara-cara perlaksanaannya.
  • Melakukan pemeriksaan dan pemantauan di tempat pekerjaan bagi mempastikan ianya selamat dan berada didalam tahap piawaian yang telah ditetapkan
     oleh undang-undang.
  • Membuat penyiasatan terhadap sebarang kemalangan di tempat kerja serta mengambil langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang Perintah
    Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009
  • Mengetuai operasi-operasi bersepadu bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain mengenai dengan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.
  • Mencadangkan polisi-polisi serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.
  • Membuat penyelidikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja serantau dan antarabangsa dan menyediakan cadangan
    yang bersesuaian dan relevan untuk digunapakai di Negara Brunei Darussalam.
  • Membuat laporan hasil pemeriksaan atau operasi Keselamatan dan Kasihatan Tempat Kerja.                                                                                                                                                                                                                                     More Info

No comments:

Post a Comment