Tuesday, January 3, 2012

PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I JABATAN-JABATAN KERAJAAN (BILANGAN IKLAN: 52/12/11 (SPA/BMI))

PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 7
KELAYAKAN MINIMUM:
 1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU

  b) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai  Projek Tingkat II dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I:
 SECARA AM

1. Mengumpulkan data /maklumat dan menyediakan perangkaan (statistik) berkaitan dengan projek.
2. Menyediakan laporan / kertas kerja yang berkaitan dengan projek.
3. Menyelaras dan menyediakan cadangan-cadangan projek Jabatan dan yang melibatkan Jabatan.  
4. Menyemak bayaran-bayaran kemajuan kerja.
5. Menilai kedudukan-kedudukan projek dan membuat laporan.
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:
1. Bertanggungjawab di bawah Unit Sekretariat Konsultan dan Rancangan Kemajuan Negara (RKN).
2. Memantau dan menyelaras mana-mana projek perbelanjaan khas Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
3. Menyelaras isu-isu yang berbangkit  terhadap projek-projek RKN dengan Jabatan-Jabatan dan pihak-pihak yang berkenaan.
4. Mencatat keputusan yang dibincangkan dan membuat minit mesyuarat semasa mesyuarat RKN dijalankan.
5. Menyediakan dan mengemaskinikan laporan bulanan yang hendak dihadapkan ke Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.
6. Menyediakan persuratan dan bahan-bahan yang berhubungkait dengan perlantikan konsultan, Kementerian Perhubungan dan projek-projek di
bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN).
 7. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian tugas yang diberikan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
DI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA:
Unit Persijilan
1. Membantu Pegawai Projek dalam merancang dan menyelaras penglibatan Unit Persijilan dengan agensi-agensi persijilan dalam dan luar Negara dalam memberikan perkhidmatan persijilan kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.
2. Membantu Pegawai Projek dalam merancang, mengimplementasi dan memantau perlaksanaan Program Persijilan untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dalam sektor makanan.
3. Menyelaras sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Pemilihan Program Persijilan dalam mesyuarat bagi pemilihan dan sokongan syarikat PKS yang ingin mengikuti Program Persijilan.
4. Menyelaras keperluan-keperluan logistik yang berkaitan dengan projek dan aktiviti unit.
5. Memantau dan memproses permohonan-permohonan yang diterima dari PKS tempatan secara  manual dan juga melalui  on-line yang berkaitan dengan Program Persijilan.
6. Mengumpul data-data maklumat dalam  menyediakan laporan dan kertas kerja yang berkaitan dengan projek dan aktiviti unit.
7. Membantu dalam memberikan khidmat nasihat dalam bidang standard dan kualiti untuk PKS tempatan yang menghendakinya.
8. Mengadakan lawatan kilang untuk PKS tempatan yang mengikuti Program Persijilan.
9. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.
DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI:
1. Menyediakan anggaran belanjawan projek serta menyediakan kertas kerja tender dan sebutharga serta memproses waran dan pindah peruntukan bagi projek-projek RKN.
2. Memantau perkembangan projek-projek RKN dari segi fizikal dan kewangan.
3. Memproses pindah peruntukan dan juga pindah peruntukan antara gelaran.
4. Menyediakan pengesahan peruntukan projek-projek RKN untuk kebenaran Lembaga Tawaran Negara (LTN) dan Lembaga Tawaran Kecil (LTK).
5. Menilai dan membuat sokongan permohonan projek-projek RKN bagi:
y. Projek Baru
y. Perubahan Skop
y. Tukar Gelaran
y. Pembatalan Projek
y. Tambahan Harga
6. Membuat ulasan laporan dan pandangan perkembangan projek-projek RKN setiap bulan dari segi kewangan dan fizikal.
7. Menghadiri mesyuarat dan menyediakan laporan perkembangan projekprojek RKN setiap suku penggal.
8. Menilai perkembangan perlaksanaan projek-projek RKN dan lain-lain perkara yang berkaitan dengannya.
9. Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul mengenai dengan projek RKN di antara Jabatan-Jabatan Pengguna, Konsultan dan pihak berkenaan.
10. Memproses dan meneliti kebenaran, lantikan dan penyambungan  site staffyang mengawasi projek-projek RKN.
11. Memproses dan meneliti Pesanan Perubahan (Variation Order) untuk dihadapkan bagi kelulusan pihak atasan.
12. Membuat posting ke atas waran jabatan dan juga pindah peruntukan yang diluluskan ke dalam sistem TAFIS.
13. Mengkaji, meneliti dan menyemak pembayaran projek-projek Perumahan, Jalan Raya dan Airport yang dikendalikan oleh BEDB.
DI JABATAN KERJA RAYA:
 BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANGUNAN(BPB)
1. Mengemaskini Kemajuan Projek-Projek RKN dan Jabatan seperti:
 i. Mengumpul dan memasukkan setiap catatan kemajuan projekprojek yang dikendalikan
 ii. Menyediakan laporan kewangan bagi projek RKN dan Jabatan
 iii. Mencatat dan memantau perkembangan perjalanan dan status projek-projek yang diiklankan sehingga projek lulus.
2. Memantau perbelanjaan/pemakaian peruntukan tahunan
 i. Menentukan tajuk-tajuk peruntukan yang akan digunakan samaada melalui tender baru atau pun yang masih dalam perlaksanaan.
 ii. Memastikan setiap peruntukan  mencukupi bagi setiap pembayaran sebelum proses penghantaran ke Bahagian Jurukira.
 iii. Membuat segala persuratan yang berhubungkait dengan pembayaran
 iv. Menjawab segala pertanyaan yang berkaitan dengan belanjawan.
3. Menyelaras, mengemaskini dan merekod permohonan perbelanjaan tahunan [recurement, revoted dan new project].
4. Membuat dan menghadapkan permohonan Pindah Peruntukan [Virement]
5. Memeriksa dan meneliti surat  sokongan untuk dihadapkan kepada SUT/LTK/LTN 6. Memeriksa dan meneliti permohonan Pesanan Perubahan [VO] dan
Lanjutan Masa [EOT] sebelum dihadapkan kepada Ketua Jabatan
7. Menerima apa jua arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian.
DI JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK:
1. Menyediakan bahan-bahan statistik untuk penganalisaan projek.
2. Membuat penafsiran bangunan.
3. Mengendalikan pentadbiran projek.
4. Mengumpul data-data yang diarahkan.

more info

No comments:

Post a Comment