Wednesday, February 29, 2012

PELUKIS TINGKAT III JABATAN-JABATAN KERAJAAN C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

PELUKIS TINGKAT III JABATAN-JABATAN KERAJAAN C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN) KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Fine Arts / Seni Lukis atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan Seni Lukis / Seni Grafik atau dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 3 (tiga) tahun.
ATAU
b) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pelukis dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang Seni Lukis/Grafik.
Syarat-Syarat Am :
a) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian Ugama Islam, adatistiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini.



Register  as Professional

No comments:

Post a Comment